CERAMAH ISU DADAH DAN PELAJAR SEKOLAH

Pada 8 Mei 2023, saya telah dijemput untuk menyampaikan ceramah berkaitan isu penyalahgunaan dadah dan pelencongan sosial di kalangan pelajar sekolah bertempat di Bilik Cempaka, Kompleks Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Pengisian saya ini adalah sebahagian program ‘Training of Trainers’ anjuran AADK Daerah Kota Setar untuk peserta-peserta program yang terdiri daripada guru-guru kaunselor sekolah menengah.

Saya mengambil peluang ini untuk berkongsi pengalaman tentang kisah benar kes-kes kendalian saya yang berlaku di lapangan. Pemberdayaupayaan komuniti tidaklah semudah pembentangan teorinya. Realiti yang berlaku sebenarnya adalah satu cabaran besar untuk ditangani bersama oleh semua pemegang taruh dalam masyarakat.

                                       









Comments