GENAP 10 TAHUN PRU13

Tarikh mengundi PRU13 adalah pada 5 Mei 2013. Maka telah genaplah 10 tahun saya terjun secara rasmi ke dalam dunia politik.

Pengalaman bertanding dalam PRU adalah satu kenangan dan pengajaran hidup yang besar nilainya. Tempoh kempen 2 minggu akan menentukan nasib perjalanan seseorang ahli politik untuk tempoh 5 tahun yang mendatang. Kekalahan yang saya alami sebenarnya telah mengajar saya bahawa tempoh 10 tahun selepas itu juga tidak kurang pentingnya sekiranya kita konsisten dalam perjuangan. Khidmat dan bakti kepada rakyat harus digerakkan secara istiqamah jika itu yang menjadi asbab kita berjuang dalam politik.

Politik khidmat sentiasa menjadi asas perjuangan saya. Hasil akhir kerja keras politik kita mestilah menguntungkan rakyat dan negara. Saya berharap pengorbanan dan penglibatan saya selama ini dalam politik telah sedikit sebanyak memberi manfaat kepada masyarakat sepanjang 10 tahun lalu, walaupun tidak bergelar seorang wakil rakyat.























Comments