JAMUAN AIDILFITRI AADK DAN KEMAS

Pada 11 Mei 2023 bersamaan 20 Syawal 1444H, saya berkesempatan menghadiri Jamuan Hari Raya AADK Negeri Kedah yang bersempena juga Penolong Pengarah (Penguatkuasaan & Keselamatan) AADK Kedah, Tuan Nasharuddin Abdul Rahman yang bakal bersara. Turut bersama meraikan majlis jamuan ini adalah Pengarah AADK Kedah. Menu istimewa jamuan ini semestinya rendang daging kijang.

Selepas itu, saya berkesempatan singgah di Jamuan Aidilfitri KEMAS Parlimen Kuala Kedah dan bergambar bersama guru-guru KEMAS yang hadir. Saya hanya sempat dua jamuan sahaja disebabkan agak sibuk dengan urusan tugas di klinik pada paginya.







Comments