MESYUARAT JAWATANKUASA KESIHATAN MENTAL DAERAH KOTA SETAR BIL 5/2023


Pada 17 Mei 2023, sempat juga saya menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan Mental Daerah Kota Setar. Kes-kes yang dibincangkan kebanyakannya memerlukan kerjasama strategik pelbagai agensi terutamanya dalam mengurus dan merawat pesakit mental gelandangan. Banyak lagi yang perlu dibuat lebih-lebih lagi dari segi meluaskan rangkaian kerjasama dan memupuk kesedaran.

Selain itu, perubahan dasar juga perlu bagi meningkatkan komitmen dan penglibatan agensi dan masyarakat dalam isu-isu kesihatan mental.



Comments