MESYUARAT JKPD DAERAH KOTA SETAR BIL 2/2023

Pada 10 Mei 2023, saya telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar Bil 2/2023. Turut hadir Puan Ketua Pegawai AADK Daerah yang juga merupakan Setiausaha JKPD. Kami membincangkan perancangan program untuk membantu kepulihan dan kebajikan 1455 orang klien AADK. Halatuju saya masih sama iaitu menumpukan program-program ke arah meningkatkan 4K (Kebajikan, Kepulihan, Keusahawanan dan Kemahiran) mereka.

Selepas itu, saya berkesempatan berjumpa dengan Skuad Anti Dadah Daerah Kota Setar yang baru selesai sesi bual bicara pengerusi mereka bersama Kedahfm. Tahniah Saudara Aminuddin.







Comments