SESI LIBAT URUS PERKHIDMATAN KANAK-KANAK BERSAMA PENGETUA

Pada 17 Mei 2023, telah berlangsung Sesi Libat Urus Perkhidmatan Kanak-kanak (Pemeliharaan dan Perlindungan) bersama Pengetua dan Guru Besar Daerah Kota Setar bertempat di Dewan Al-Farabi, Kompleks Pendidikan Negeri Kedah.

Sesi ini melibatkan perkongsian guru-guru kaunselor dari SK Haji Ismail, SK Kebun Pinang dan SMK Tunku Malik berkaitan pengurusan kes penderaan fizikal, pecabulan seksual dan pengabaian kanak-kanak.
Seterusnya, Sesi Town Hall Perkhidmatan Kanak-Kanak dikendalikan oleh moderator iaitu Puan Murni Wati binti Abdul Karim, Kaunselor Jabatan Pendidikan Negeri Kedah bersama ahli-ahli panel:

1. Encik Mohd Sabri bin Saad, Pelindung Kanak-kanak, JKM Kota Setar
2. YDH ASP Salwani binti Mohd Hadzir, Pegawai Turus, Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-kanak (D11), IPK Kedah
3. Dr Hardawani binti Hussain, Pakar Perubatan Kecemasan, Hospital Sultanah Bahiyah
Program dirasmikan oleh Puan Rozita binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM Kedah. Turut hadir Tuan Haji Wan Khalim bin Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah dan Puan Siti Zaharah binti Sulaiman Pegawai JKM Daerah Kota Setar.

Penganjuran program libat urus yang melibatkan 146 buah sekolah ini adalah satu kejayaan besar inisiatif advokasi pasukan kami Jaringan Prihatin Kanak-kanak bersama JKM Daerah.














Comments