PROGRAM LIBAT URUS PERKHIDMATAN KANAK-KANAK BERSAMA NGO

Pada 11 Mei 2023, saya telah dijemput oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menjadi moderator Forum Perlindungan Kanak-kanak. Forum ini merupakan sebahagian pengisian Program Libat Urus JKM bersama NGO dan Aktivis Masyarakat Daerah Kota Setar. Program ini dianjurkan oleh JKM bersama Lions Club Alor Setar Central bertempat di Urban Inn, Ampang Business Centre, Alor Setar.

Ahli-ahli panel forum ini adalah :
1. Puan Siti Zaharah binti Sulaiman, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar
2. Inspektor Zahirah binti Othman, Pegawai Kanan Polis Unit D11, IPD Kota Setar
3. Dr Nazirah binti Hashim, Pegawai Perubatan, Unit Pasukan Sekolah, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar
4. Cikgu Shukor bin Salleh, Setiausaha Pasukan Pelindung Kanak-kanak
5. En Simon Kang, Naib Pengerusi, Lions Club Alor Setar Central

Boleh dikatakan semua aspek telah disentuh oleh ahli panel, iaitu dari segi isu perlindungan dan keselamatan, kesihatan, peranan NGO, dasar kerajaan, penguatkuasaan undang-undang dan kesedaran komuniti. Tahniah kepada semua yang terlibat.













Comments