KEPUTUSAN SPM 2022

Pada 8 Jun 2023, saya bersama isteri menghadiri Majlis Pengumuman dan Penyerahan Keputusan SPM 2022 SMK Sultanah Asma yang melibatkan anak sulung kami. Syukur Alhamdulilah beliau mendapat keputusan yang cemerlang. Walau bagaimanapun, saya selalu mengingatkan anak-anak saya, menjadi insan yang cemerlang bukan sekadar bergantung kepada jumlah A semata-mata, tetapi juga memerlukan akhlak dan budi bahasa mulia, berjiwa sahsiah yang hebat dan mempunyai hati yang baik.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua guru SK Taman Uda dan SMK Sultanah Asma yang telah mendidik anak saya Yasmin Alya selama ini. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya.






Comments