KISAH IBU TUNGGAL DAN ANAK OKU

Pada 22 Jun 2023, saya telah mengadakan lawatan ke rumah seorang pesakit di Kuala Kedah yang baru discaj dari wad psikiatri, Hospital Sultanah Bahiyah. Dia dimasukkan ke wad disebabkan bertindak agresif dan meracau sambil mengugut ahli keluarga dengan pisau ketika berada di bawah pengaruh dadah.

Wanita ini adalah seorang ibu tunggal berumur 40 tahun dan mempunyai seorang anak OKU berumur 8 tahun. Kami mengambil pendekatan memujuk untuk memasukkannya secara sukarela ke Pusat Pemulihan Narkotik (Puspen) AADK bagi merawat pulih penagihannya. Walau bagaimanapun dia enggan kerana tidak mahu berjauhan daripada anaknya dan berjanji akan berhenti mengambil dadah. Pihak kami masih memberi peluang namun pada masa yang sama memberi amaran sekiranya dia didapati masih aktif menagih selepas ini, akan tiada lagi pendekatan memujuk. Sesungguhnya penyalahgunaan dadah jenis sintetik akan memusnahkan kewarasan akal yang menyebabkan seseorang itu seperti menghidap penyakit mental.

Turut bersama dalam lawatan ini adalah Pegawai Perubatan Psikiatri bersama Pasukan Komuniti Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah, Pegawai-pegawai Unit Penguatkuasaan AADK Kedah, Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Daerah Kota Setar.











Comments