MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS JAWATAN KETUA POLIS KEDAH

Pada 6 Jun 2023, saya bersama kepimpinan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Kedah telah dijemput menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kedah.

Terima kasih diucapkan kepada YDH CP Datuk Wan Hassan bin Wan Ahmad atas jasa dan khidmat sebagai Ketua Polis Kedah. Terima kasih juga atas bakti kepada MCPF sebagai Pengerusi MCPF Negeri Kedah. Tahniah dan selamat maju jaya di Bukit Aman. Semoga dapat terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang demi Negara.

Selamat datang diucapkan kepada YDH CP Dato’ Fisol bin Salleh sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu. Saya difahamkan beliau merupakan anak jati Jitra dan alumni Maktab Mahmud. Semoga PDRM Kedah terus gemilang di bawah kepimpinan YDH Dato’.















Comments