MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA DM KEDAH

Pada 15 Jun 2023, saya telah menghadiri mesyuarat pertama Jawatankuasa Diabetes Malaysia (DM) Cawangan Negeri Kedah untuk penggal yang baharu. Terima kasih atas kepercayaan ahli-ahli mesyuarat yang melantik saya sebagai Pengerusi Biro Pendidikan. Insya Allah, kita akan mengatur program-program latihan untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu para staf dan program-program kesedaran dan saringan untuk pesakit dan masyarakat umum.

Dalam mesyuarat ini juga saya telah menyuarakan beberapa cadangan :
1. Mencadangkan agar majlis khas diadakan sebagai menghargai jasa YBhg Dr Zainal bin Che Mee yang telah menabur bakti sebagai Pengerusi DM Kedah sepanjang 10 tahun lalu bersama Ahli-ahli Jawatankuasa yang lama.

2. Menggerakkan program dan melibatkan diri kembali di Pusat Sumber Diabetes (DRC) Hospital Sultanah Bahiyah.

3. Mengaktifkan peranan DM Kedah di media sosial terutamanya di Tiktok sebagai salah satu aktiviti meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penyakit diabetes mellitus.

4. Saya menawarkan diri untuk mengetuai jawatankuasa penganjuran Fun Walk sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Negeri Kedah pada bulan November 2023 nanti.

5. Cadangan agar lebih banyak program saringan dan kesedaran diadakan untuk penjawat awam dengan mengadakan program kerjasama dengan agensi dan jabatan kerajaan.

Semoga semua perancangan DM Kedah berjalan lancar.











Comments