PENASIHAT MAJLIS BELIA DAERAH KOTA SETAR

Terima kasih diucapkan kepada kepimpinan Majlis Belia Daerah (MBD) Kota Setar kerana sudi melantik saya sebagai Penasihat MBD Kota Setar. Sijil perlantikan disampaikan oleh YB Dato’ Dr Ismail Salleh, ADUN Pengkalan Kundor yang turut merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MBD Kota Setar Tahun 2022 yang berlangsung di Dewan Perpustakaan Digital Kedah pada 10 Jun 2023.

Insya Allah, berdasarkan pengalaman saya berada dalam gerak kerja belia sebelum ini, saya akan membantu MBD Kota Setar dan 14 badan gabungannya yang antaranya terdiri daripada GPMS, Belia 4B, ABIM dan YMM. Sepanjang 15 tahun menjadi pemimpin belia, saya pernah menjadi Exco Majlis Belia Negeri Kedah, Naib Pengerusi GPMS Kedah, YDP GPMS Kuala Kedah dan Ahli Majlis Perundingan Belia Negeri Kedah.

Tentunya kemuncak penglibatan saya adalah apabila dinobatkan sebagai Tokoh Belia Negeri Kedah apabila memenangi Anugerah Belia Perdana Peringkat Negeri Kedah 2016 dan finalis Top 3 Anugerah Belia Perdana Peringkat Kebangsaan 2016.















Comments