PERTEMUAN BERSAMA CEO MQA

Pada 24 Jun 2023, saya telah mengadakan pertemuan bersama Prof Dato’ Dr Mohammad Shatar bin Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysian Qualifications Agency (MQA). MQA adalah sebuah badan yang menjamin kualiti dan memberi akreditasi kepada program-program pengajian di IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Sebagai Penasihat Majlis Belia Daerah Kota Setar, saya berbincang dengan beliau bagaimana dapat membantu golongan belia untuk menyambung pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Terasa bersemangat pula saya untuk menyambung pelajaran lagi. Saya akan pertimbangkan jika ada pengajian yang sesuai, tidak kiralah sama ada yang berkaitan perubatan ataupun pengajian sosial yang bermanfaat untuk masyarakat.











Comments