KAYUHAN SANTAI AADK DI KAMPUNG BERJAYA

Program kayuhan santai, edaran mesej anti dadah dan sumbangan kepada klien AADK bersama Pengarah AADK Negeri Kedah telah diadakan pada 8 Julai 2023. Tiga kampung telah dilawati iaitu Kampung Berjaya, Kampung Teluk Yan dan Kampung Seberang Terus.

Salah seorang yang dilawati merupakan klien yang berumur 57 tahun, masih dalam pengawasan dan sudah enam kali masuk pusat pemulihan dan sekali masuk penjara. Semoga dia terus diberi kekuatan untuk membebaskan diri daripada belenggu penagihan.

Program ini anjuran AADK dan Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar dengan kerjasama KRT Kampung Berjaya. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah AADK Negeri dan semua pihak yang terlibat.

                                        












                                                             

Comments