LAWATAN KEBAJIKAN KANAK-KANAK

Pada 10 Julai 2023, saya telah menyertai lawatan bersama Pasukan Kebajikan Kanak-kanak dan AADK Daerah Kota Setar. Kami melawat seorang remaja di Kubang Rotan yang baru keluar dari Sekolah Tunas Bakti untuk bertanya khabar dan memastikan beliau menjalani kehidupan yang positif.

Selepas itu, kami melawat sebuah keluarga di Kampung Tok Pasai yang remaja perempuan mereka masih berada di Asrama Akhlak bagi memaklumkan perkembangannya dan meninjau sendiri senario persekitaran rumahnya.

Akhir sekali, di Kampung Tok Pasai juga, kami menemui dan memberi khidmat nasihat kepada seorang kanak-kanak 14 tahun yang dilaporkan terlibat dengan dadah. Turut hadir bersama Puan Ketua Pegawai AADK Daerah, Pelindung Kanak-kanak dan Pegawai Akhlak JKM Daerah Kota Setar. Terima kasih semua.







Comments