MESYUARAT BERSAMA MCPF PULAU PINANG DAN MCPF KEDAH

Mesyuarat penyelarasan penganjuran Karnival Pencegahan Jenayah yang melibatkan Jawatankuasa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Pulau Pinang dan Jawatankuasa MCPF Kedah telah diadakan pada 7 Julai 2023 bertempat di Penang Golf Club.

Program ini dijangka dirasmikan oleh YB Menteri Dalam Negeri di Kedah pada 22 Julai dan di Pulau Pinang pada 23 Julai 2023. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Sri Ayub Yaakub, Naib Pengerusi Kanan MCPF. Terima kasih diucapkan kepada YBhg Dato’ Ong Poh Eng, Pengerusi MCPF Pulau Pinang di atas layanan mesra dan jamuan nasi kandar daun pisang.








Comments