MESYUARAT JKPD NEGERI KEDAH

Mesyuarat Pengarah AADK Kedah, Tuan Abdul Hamediee bin Ibrahim bersama Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah-daerah seluruh Kedah telah diadakan pada 3 Julai 2023.
Saya selaku Pengerusi JKPD Daerah Kota Setar turut mengutarakan cadangan tentang pemerkasaan kumpulan sokongan klien dan penganjuran kursus motivational interviewing untuk AJK JKPD. Di samping itu, mesyuarat juga bersetuju untuk memulakan inisiatif latihan kemahiran servis pendingin hawa untuk klien di setiap daerah. Sesi percambahan idea sebegini sesama ahli mesyuarat adalah sangat baik demi membantu kepulihan klien-klien AADK.






Comments