MESYUARAT PENUBUHAN MAJLIS KEBUDAYAAN DAERAH KOTA SETAR

Pada 25 Ogos 2023, telah diadakan mesyuarat penubuhan Majlis Kebudayaan dan Kesenian Daerah Kota Setar. Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi Majlis Kebudayaan Negeri Kedah (MKNK).


Saya selaku Penasihat MKNK, mengambil inisiatif menubuhkan NGO baharu ini sebagai platform menghidupkan aktiviti seni dan budaya di daerah ini. Kami mempelawa NGO-NGO kebudayaan pelbagai bangsa dan penggerak aktiviti kesenian seperti persilatan dan kesusasteraan dalam daerah Kota Setar untuk turut serta menjadi badan gabungan. Semoga Kota Setar akan meriah dengan program-program kebudayaan dan kesenian selepas ini.







Comments