MUSIBAH RIBUT SEMATANG BOGAK

Pada 31 Julai 2023, saya melawat rumah sahabat saya, Zainuddin yang merupakan Ketua UMNO Cawangan Kampung Sematang Bogak dan rumah bapa saudaranya, Pak Tam Leh yang dilanda musibah bencana ribut baru-baru ini. Hanya dua rumah mereka yang terlibat dengan bencana ini dalam kampung mereka.

Keadaan musim hujan kini pula menyebabkan rumah mereka telah dimasuki air. Rumah mereka sememangnya perlu dibaiki segera. Semoga mereka sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan ini.


                  








Comments