PENGERUSI MCPF KOTA SETAR PENGGAL KE-3

Pada 26 Ogos 2023, Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perhubungan Negeri Kedah, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) telah diadakan di Sungai Petani.

Syukur Alhamdulilah, saya telah diberi amanah sekali lagi sebagai Pengerusi MCPF Daerah Kota Setar untuk penggal yang ketiga iaitu sehingga 2026. Watikah pelantikan disampaikan oleh YBhg Dato’ Sri Wira Ayub bin Yaakob, Naib Pengerusi Kanan MCPF. Turut hadir YDH CP Dato’ Fisol bin Salleh, Ketua Polis Kedah dan Dato’ Zulkifli bin Mohamad, Pengerusi MCPF Kedah.

Menurut Ketua Polis Kedah, tiga isu utama yang perlu diberi perhatian di Kedah oleh pihak MCPF adalah isu penyalahgunaan dadah, penipuan atas talian (scammer) dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Insya Allah, kami MCPF Kedah akan berganding bahu bersama PDRM untuk melaksanakan program-program pendidikan pencegahan bagi menimbulkan kesedaran masyarakat tentang isu-isu ini.









Comments