10 TAHUN DI MAHSURI MEDICAL CENTRE

Syukur Alhamdulilah, pada 22 September 2023, maka genaplah 10 tahun saya berkhidmat di Mahsuri Medical Centre (MMC). Saya menyertai MMC selepas meletakkan jawatan di Hospital Sultanah Bahiyah untuk bertanding pada PRU13 lalu.

Memang tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk menyertai pusat perubatan swasta kerana saya sentiasa percaya akan menghabiskan riwayat kerjaya saya dalam perkhidmatan awam. Oleh itu, niat saya pada mulanya ketika bertugas di sini adalah cuma bersifat sementara bagi menunggu kerjaya politik saya berkembang (yang masih belum berlaku). Tetapi pejam celik, sudah 10 tahun jadinya.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan dan semua staf yang membantu saya selama ini. Tiada lain melainkan hanya kebahagiaan sahaja yang ada dalam kamus kehidupan saya sepanjang saya bekerja di sini. Terima kasih sudi memberi ruang dan peluang kepada saya untuk mempraktikkan ilmu perubatan di samping berkhidmat kepada masyarakat sekitar.

Semoga MMC akan terus maju dengan pelbagai bidang kepakaran menjelang 10 tahun yang akan datang.



Comments