FUTSAL HARI MALAYSIA 2023

Pada 16 September 2023, telah diadakan Program Futsal Hari Malaysia 2023 anjuran Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD) dan Skuad AADK Daerah Kota Setar. Program ini melibatkan klien-klien AADK yang masih dalam pengawasan dan belia-belia ahli Skuad AADK. Program sukan sebegini dapat memupuk gaya hidup sihat dan membantu proses kepulihan.

Saya turut serta bermain dan dapat menjaringkan dua gol. Terima kasih Ketua Unit Pencegahan AADK Daerah, Pengerusi Skuad AADK Kota Setar dan Setiausaha Majlis Belia Negeri Kedah kerana dapat hadir bersama.















Comments