LAWATAN BAYI MERDEKA 2023

Pada 31 Ogos 2023, sempena Hari Kebangsaan ke-66 pada tahun ini, saya bersama Ahli-ahli Bersekutu/Kehormat RELA Negeri Kedah telah mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Bahiyah bagi meraikan bayi-bayi Merdeka yang telah dilahirkan.

Setakat jam 2 petang ketika lawatan kami, seramai 15 bayi telah dilahirkan pada tarikh keramat ini. Semoga anak-anak yang dilahirkan pada tarikh kemerdekaan ini akan menjadi insan yang berjasa kepada keluarga dan negara.

Program lawatan ini merupakan acara tahunan kami tetapi tidak dapat dianjurkan beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan pandemik. Terima kasih diucapkan kepada pihak Hospital Sultanah Bahiyah terutamanya Timbalan Pengarah, Penyelia-penyelia jururawat dan ketua jururawat serta semua staf yang menyambut kehadiran kami dengan mesra sekali. Insya Allah, tahun depan kita buat lagi.

Selamat Hari Kebangsaan ke-66
Malaysia Madani : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan























Comments