MESYUARAT JKPD DAERAH KOTA SETAR BIL 2/2023

Pada 5 September 2023, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kota Setar Bil 2/2023.

Dalam mesyuarat ini, Ketua Pegawai AADK Daerah telah membentangkan statistik terkini trend penyalahgunaan dadah di Kota Setar. Jumlah klien AADK setakat bulan Ogos 2023 adalah seramai 1223 orang iaitu :
- 93% daripadanya merupakan kaum Melayu
- 34 orang adalah klien wanita
-Golongan yang berumur bawah 49 tahun adalah majoriti iaitu 94%
-77% daripada mereka merupakan pengguna methamphetamine

Banyak lagi usaha yang perlu dijalankan bagi mengembalikan mereka ke pangkal jalan.



Comments