PROGRAM CAKNA JKPD AADK KEDAH 2023

Pada 26 September 2023, sempena Program Cakna JKPD-AADK Kedah, saya bersama rombongan Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah telah mengadakan Program Lawatan Temu Mesra bersama JKPD Daerah Melaka Tengah. Kehadiran kami disambut oleh YBhg Datuk Akramuddin bin Abd Aziz, Pengerusi JKPD Melaka Tengah dan Ahli-ahli Jawatankuasa beliau. Kami diberi taklimat tentang usaha-usaha yang dijalankan bagi membantu klien-klien AADK di sini. Kami juga dibawa melawat industri kecil pembuatan dodol dan inang-inang di Kampung Baruh Alai.

Saya telah diberi kesempatan mewakili JKPD Kedah untuk membentangkan dan berkongsi pengalaman tentang program-program yang dianjurkan oleh JKPD Kota Setar.

Turut hadir bersama dalam program ini adalah Tuan Abdul Hamediee bin Ibrahim, Pengarah AADK Kedah dan Puan Hajjah Noor Azrimah binti Ahmad, Pengarah AADK Melaka.
Terima kasih orang Melake.
























Comments