STROKE UPDATE 2023

Pada 23 September 2023, saya berkesempatan menghadiri Kursus Stroke Update anjuran Unit Neurologi, Jabatan Perubatan Hospital Sultanah Bahiyah. Kursus ini merupakan inisiatif yang sangat baik bagi memberi pendedahan dan ilmu baharu berkenaan rawatan penyakit strok kepada pengamal-pengamal perubatan dan paramedik dari seluruh Negeri Kedah.

Penyakit strok atau angin ahmar merupakan penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia. Ia melibatkan lebih 46 ribu kes baharu setiap tahun iaitu lebih kurang 120 orang dimasukkan ke wad hospital setiap hari. 55% daripada pesakit ini akan mengalami kurang upaya kekal dan 11% kematian iaitu hampir 20 ribu jumlahnya.

Punca utama penyakit strok adalah diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi dan gaya hidup tidak sihat (merokok, diet tidak sihat, obesiti, kurang bersenam). Jika ada simptom, pesakit perlu segera mendapatkan rawatan di hospital, secara idealnya dalam tempoh 4.5 jam bagi mendapatkan manfaat daripada rawatan.

Time is brain.









Comments