ZIARAH VETERAN UMNO KAMPUNG BALAI

Pada 5 September 2023, saya menziarahi Haji Rahman atau lebih mesra dikenali Man Misai, mantan Ketua UMNO Cawangan Kampung Balai, Kuala Kedah. Sebelum ini, beliau sangat ‘anti’ dengan saya, tetapi saya tidak pernah berdendam dengan beliau. Saya sentiasa menghormati beliau sebagai orang lama yang banyak berjasa kepada parti dan masyarakat. Beliau baru keluar wad selepas dua minggu dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah kerana jangkitan kuman paru-paru. Alhamdulilah beliau semakin sihat.



Comments