INTERNATIONAL CORRECTIONAL AND COUNSELLING CONFERENCE 2023

Pada 18 Oktober 2023, saya telah dijemput menghadiri International Correctional and Counselling Conference 2023 anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) yang berlangsung di EDC-UUM, Sintok.

Persidangan ini dirasmikan oleh Yang Berusaha Naib Canselor UUM. Turut hadir YDH Ketua Polis Kedah dan Naib Pengerusi Kanan MCPF. Pada masa yang sama juga, telah diumumkan penubuhan Kelab Rakan MCPF-UUM yang dianggotai oleh mahasiswa-mahasiswi UUM dari jurusan kaunseling dan kerja sosial. Ini adalah satu inisiatif yang murni dalam mempromosi pendidikan pencegahan jenayah di institusi pengajian tinggi awam.

Tahniah diucapkan kepada urusetia dari UUM dan semoga persidangan akademik ini memberi manfaat kepada lebih 200 orang peserta.















Comments