PROGRAM JOM JAGA BUAH PINGGANG PERINGKAT NEGERI KEDAH 2023

Pada 21 Oktober 2023, saya berpeluang untuk kembali terlibat dengan program yang berkaitan bidang saya iaitu program kesihatan setelah sibuk dengan program-program pencegahan dadah dan jenayah akhir-akhir ini. Sememangnya buah pinggang adalah organ kegemaran saya.

Tahniah diucapkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah di atas penganjuran Program Jom Jaga Buah Pinggang Peringkat Negeri Kedah 2023 yang diadakan di Taman Tasik Darulaman, Jitra dengan kehadiran lebih kurang 500 orang hadirin. Saya telah dijemput sebagai moderator untuk mengendalikan slot forum ‘Dialisis : Cegah Sebelum Padah’.

Ahli-ahli panel forum ini adalah sahabat saya Pakar Nefrologi Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Mohamad Faisal bin Asmee bersama Puan Syahirah Ayuni binti Anwar, Pegawai Dietitik National Kidney Foundation (NKF) dan pesakit dialisis saya, Puan Siti Zaitun binti Ahmad yang merupakan Guru Besar SK Hakim Teh. Mesej kami adalah supaya para hadirin mengamalkan gaya hidup sihat dan mengawal penyakit kronik seperti diabetes dan darah tinggi demi mencegah komplikasi penyakit buah pinggang tahap akhir.

Program ini dirasmikan oleh YBhg Dr Norizan binti Ahmad, Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Negeri Kedah. Turut hadir Dr Rafidah binti Abdullah, Pakar Perunding Nefrologi, Hospital Putrajaya.


















Comments