SEMINAR KEPIMPINAN JKPD DAN ALP KEBANGSAAN 2023

Pada 7 hingga 8 Oktober 2023, bertempat di Klana Resort, Seremban, saya bersama Pengerusi JKPD semua daerah di Kedah telah menghadiri Seminar Pemerkasaan Kepimpinan Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) dan Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Puspen Peringkat Kebangsaan 2023.

Antara program yang diatur adalah Majlis Dialog Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno bin Ahmad Belon bersama para peserta. Banyak perkara disentuh dalam dialog ini bagi meningkatkan kerjasama antara kami sebagai wakil komuniti dengan pihak pengurusan tertinggi AADK. Matlamatnya hanya satu, iaitu demi membantu anak bangsa agar dapat membebaskan diri daripada belenggu penagihan.

Dalam majlis ini juga, saya menerima sijil penghargaan sebagai mewakili JKPD Negeri Kedah. Kami JKPD Kedah sentiasa komited dalam membantu kepulihan klien.
















Comments