DUA MESYUARAT PENTING

Pada 15 November 2023, saya telah menghadiri dua mesyuarat penting. Pada pagi saya menghadiri mesyuarat pelaksanaan Program Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Daerah Kota Setar, yang dipengerusikan oleh Puan Pegawai JKM Daerah.

Pada petang pula, saya menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan Mental Daerah Kota Setar yang dipengerusikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah II. Banyak isu berkaitan rawatan dan kebajikan pesakit mental yang dibincangkan. Kita boleh ada pakar hebat, rawatan ubat terkini dan mesin pengimejan yang paling canggih tetapi kita masih lemah dalam mengurus isu sosial mereka. Oleh sebab itu, kita memerlukan koordinasi dan kerjasama pelbagai agensi dalam menangani perkara ini.










Comments