FORUM KESELAMATAN KANAK-KANAK DAERAH KOTA SETAR 2023

Dialog Awam : Forum Keselamatan Kanak-kanak Daerah Kota Setar 2023 telah berlangsung pada 4 November 2023 bertempat di Dewan Al-Masri, SK Haji Salleh Masri, Kuala Kedah.

Saya juga berperanan sebagai moderator untuk forum ini. Terima kasih ahli-ahli panel hebat dari PDRM Kedah, JKM Kedah dan AADK Kota Setar. Banyak isu kanak-kanak setempat yang kami bincangkan termasuk implikasi undang-undang yang melibatkan Akta Kanak-kanak 2001 dan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Semoga bermanfaat kepada komuniti di Kota Setar.

Kehadiran peserta adalah lebih kurang 200 orang yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin Rukun Tetangga dan PIBG seluruh Daerah Kota Setar. Terima kasih YDH Ketua Polis Daerah Kota Setar dan semua agensi/jabatan yang menjayakan program ini demi anak-anak kita. Insya Allah program berkonsepkan townhall ini akan diteruskan bagi membincangkan isu-isu yang dekat di hati rakyat.































Comments