MAJLIS PENTAULIAHAN PROGRAM PERSIJILAN AADK 2023

Pada 5 November 2023, saya menghadiri Majlis Pentauliahan Program Persijilan AADK 2023 atas kapasiti saya sebagai Ahli Lembaga Penasihat Pusat Latihan AADK (PLAK). Majlis ini disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri dengan kehadiran Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Abdul Halim bin Abdul Rahman, Tuan Sutekno bin Ahmad Belon, Ketua Pengarah AADK dan semua barisan pengurusan tertinggi AADK sama ada di pusat, negeri dan daerah.

Seramai 385 pegawai AADK telah menerima Sijil Perakuan Amalan sebagai pengamal bertauliah dalam tiga perkhidmatan teras AADK iaitu Rawatan dan Pemulihan, Penguatkuasaan dan Pendidikan Pencegahan. Tahniah diucapkan kepada semua penerima sijil. Semoga PLAK akan terus maju dalam menyediakan program latihan yang bertauliah demi meningkatkan kompetensi para pegawai AADK seluruh Malaysia.






















Comments