PROGRAM JANA SAHSIAH ANAK CEMERLANG PADANG PETANI

Program Jana Sahsiah Anak Cemerlang anjuran Jaringan Prihatin Kanak-kanak Daerah Kota Setar, Unit Kanak-Kanak JKM dan Masjid Nurul Iman Padang Petani. Program yang diadakan pada 11 November 2023 ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Wan Romaini bin Wan Salim, ADUN Bukit Pinang.

Program ini mengandungi dua segmen iaitu slot untuk kanak-kanak dikendalikan oleh sukarelawan Malaysians Against Pornography (MAP) dan slot ceramah keibubapaan untuk waris dikendalikan oleh Tuan Haji Nawawi, Pengerusi Pasukan Kebajikan Kanak-kanak Kota Setar.

Pada akhir program, setiap keluarga yang hadir menerima sumbangan barangan dapur. Terima kasih kepada pihak masjid dan ahli kariah Padang Petani yang menjayakan program kemasyarakatan ini.
















Comments