PROGRAM ORIENTASI KLIEN AADK BAHARU

Pada 30 Oktober 2023, saya berpeluang menghadiri program orientasi bersama klien-klien baharu AADK Kota Setar. Lebih kurang 60 orang telah melapor diri di Pejabat AADK Daerah bagi memulakan perintah pengawasan selama 2 tahun. Ada juga ahli keluarga yang hadir bersama mereka.

Saya berkesempatan mengadakan dua sesi pertemuan iaitu bersama klien-klien dan selepas itu bersama ahli keluarga mereka secara berasingan. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Kota Setar, saya memberi pengenalan tentang JKPD dan taklimat tentang program-program pemulihan dalam komuniti yang bakal dijalankan. Penyertaan mereka dalam program-program ini akan mempercepat proses untuk mereka kembali ke pangkuan masyarakat.

Selain itu, ahli keluarga mereka juga digalakkan untuk memantau dan membantu mereka untuk pulih. Sokongan keluarga adalah kunci motivasi utama untuk kepulihan.










Comments