SAHABAT DUBLIN

Baru-baru ini, saya dapat bertemu sahabat lama saya iaitu Prof Dr Muhammad Muhsin bin Ahmad Zahari di Majlis Pentauliahan Persijilan AADK. Kami secara kebetulan telah sama-sama dilantik menganggotai Lembaga Penasihat Pusat Latihan AADK.

Beliau sekarang adalah Pakar Perunding Psikiatri dan Ketua Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Kami bersahabat sejak tahun 1996 iaitu ketika saya mula-mula sampai di Dublin. Beliau adalah Pengasas dan Pengerusi pertama Kelab UMNO Ireland (KUI). Saya pula telah mewarisi kepimpinan beliau dan dua kali menjadi Pengerusi KUI iaitu sebagai pengerusi yang keempat dan keenam. Kami berkongsi banyak memori dan cabaran sebagai seorang pemimpin pelajar Malaysia di bumi Republik Ireland. 

Kini, kami memilih jalan yang berbeza. Tidak seperti saya, beliau tidak menyertai bidang politik selepas pulang ke Malaysia tetapi  sebaliknya menumpukan sepenuh fokus kerjayanya dalam bidang akademik yang kini telah hampir sampai di kemuncaknya.
Tahniah sahabat.



Comments