DETIK-DETIK BERMAKNA 2023

Rumusan untuk tahun 2023 adalah tahun yang saya memperlahankan sedikit dari gerak kerja sosial yang biasa saya lakukan terutamanya bidang politik setelah tidak lagi memegang jawatan dalam kepimpinan UMNO. Ini memandangkan tahun 2022 merupakan tahun yang amat sibuk bagi saya sehingga tidak sempat untuk menarik nafas dan berfikir seketika. 

Walau bagaimanapun, program-program kemasyarakatan tahun ini tetap berjalan dengan pertambahan beberapa tanggungjawab baharu. Antaranya pada tahun ini, saya telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah di samping memegang jawatan sebagai Pengerusi JKPD Daerah Kota Setar. Saya juga telah diberi amanah baharu untuk meneruskan peranan sebagai Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar sehingga tahun 2026 dan terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Kedah sehingga 2025.

Selain itu, tahun 2023 saya penuh dengan program yang melibatkan isu kanak-kanak iaitu yang berkaitan keselamatan dan perlindungan kanak-kanak sehingga melayakkan saya menerima Anugerah Khas Pegawai JKM Kota Setar ketika Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Daerah. Semua gerak kerja saya ini adalah selaras dengan perlantikan saya sebagai Pengerusi Jaringan Prihatin Kanak-kanak (JPKK) Daerah Kota Setar dan Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-kanak. 

Tahun 2024 bakal menjanjikan pelbagai lagi perancangan program kemasyarakatan yang akan dianjurkan. Saya yakin gerak kerja tahun hadapan akan lebih tersusun dengan meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai fokus utama. Semoga saya terus diberi kekuatan dalam meneruskan perjuangan yang mulia ini. 

"Man is so intelligent that he feels impelled to invent theories to account for what happens in the world. Unfortunately, he is not quite intelligent enough, in most cases, to find correct explanations. So that when he acts on his theories, he behaves very often like a lunatic."

Aldous Huxley, Texts and Pretexts (1932)


SELAMAT TAHUN BAHARU 2024









































































































Comments