LAWATAN PESAKIT MENTAL TAMAN HARAPAN

Pada 12 Disember 2023, saya telah mengadakan lawatan dua orang pesakit mental bersama Unit Psikiatri Komuniti, Hospital Sultanah Bahiyah di sebuah rumah di Taman Harapan, Kuala Kedah. Ada dua beradik pesakit mental di sini yang memerlukan rawatan segera daripada Pakar Psikiatri. Rawatan susulan seterusnya akan diteruskan oleh pihak Klinik Kesihatan Kuala Kedah.

Satu kerjasama yang baik antara pihak hospital dan klinik hasil penyelarasan di peringkat Jawatankuasa Kesihatan Mental Daerah.





Comments