MEDICAL GALA NIGHT

Pada 1 Disember 2023, saya telah dijemput menghadiri Medical Gala Dinner anjuran Jabatan Perubatan, Hospital Sultanah Bahiyah di Enchanted Garden Hall, Alor Setar.

Sebagai pegawai yang pernah berkhidmat siang malam di dalam jabatan ini, tentunya banyak memori indah saya bersama pakar-pakar, kawan-kawan pegawai perubatan dan jururawat-jururawat. Di sinilah saya banyak belajar menimba pengalaman menjadi seorang pengamal perubatan yang beretika dan belajar menjadi insan berjasa. Dapat bertemu mereka kembali adalah satu nikmat yang amat menggembirakan.

Tahniah diucapkan kepada sahabat saya Dr Asmidar Aziz yang berjaya menganjurkan majlis yang bertemakan black and gold ini. Tahniah juga kepada Dr Zalwani Zainuddin, Ketua Jabatan Perubatan kerana sentiasa menekankan konsep ‘work-life balance’ kepada para staf beliau. Terima kasih kerana sudi menjemput saya.









Comments