KES TRAFIK JUVANA

Pada 7 dan 8 Januari 2024, saya telah dijadualkan bersama Puan Azlina Aziz untuk meneruskan tugas sebagai Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-kanak (MBKK). Kes yang dibicarakan adalah kes trafik yang melibatkan kanak-kanak bawah umur 18 tahun yang menunggang motorsikal. Walaupun ini merupakan kes kesalahan trafik, kami harus menghadirinya juga kerana ia melibatkan pesalah kanak-kanak.

Mengikut Seksyen 11(4) Akta Kanak-Kanak 2001, penasihat mahkamah berperanan memberi pandangan kepada Majistret tentang perintah hukuman yang sesuai apabila MBKK memutuskan kesalahan telah dibuktikan terhadap pesalah kanak-kanak. Kami juga berperanan untuk menasihati kanak-kanak dan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut, jika perlu, ketika perbicaraan berlangsung.

Bagi saya, tanggungjawab Penasihat MBKK adalah satu khidmat yang boleh saya sumbangkan kepada masyarakat walaupun perlu meninggalkan sebentar tugas hakiki. Ini penting agar ilmu dan pengalaman yang saya ada, dapat dimanfaatkan demi potensi dan pemulihan kanak-kanak yang terlibat.






Comments