LAWATAN TEMUSERU KLIEN KUALA KEDAH

Pada 31 Januari 2024, Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar bersama Unit Rawatan Pemulihan AADK telah mengadakan lawatan temuseru (outreach) ke atas 10 orang klien AADK (yang gagal mematuhi syarat melapor diri) di sekitar Kuala Kedah iaitu di Kampung Tok Pasai, Kampung Balai, Taman Seri Putra, Perumahan Awam dan Kampung Tepi Laut.

Selain JKPD Kota Setar, turut serta juga adalah tiga orang Pakar Psikiatri (Perubatan Penagihan) iaitu Dr Omar, Dr Arif dan Dr Hafilah, bagi memberi khidmat nasihat dan temujanji klinik untuk klien yang mempunyai penyakit Dual Diagnosis. Penyakit ini adalah apabila seseorang individu mengidap serentak penyakit mental (seperti skizofrenia atau bipolar) dan ketagihan penyalahgunaan dadah.

Untuk makluman, klien yang gagal mematuhi syarat melapor diri boleh dijatuhi hukuman penjara 3 tahun dan 3 sebatan oleh mahkamah. Mereka wajib melapor diri setiap bulan di Pejabat AADK untuk sepanjang tempoh dua tahun berdasarkan perintah pengawasan oleh mahkamah.

Saya menyampaikan surat notis secara rasmi kepada mereka untuk melapor diri selewat-lewatnya minggu hadapan sebelum tindakan lanjut dapat diambil. Kehadiran kami ini adalah bagi memberi peluang terakhir buat mereka. Jangan kata saya tak payung orang Kuala Kedah.























Comments