MAJLIS PERPISAHAN BOLLYWOOD

Pada 11 Januari 2024, saya turut dijemput menghadiri majlis perpisahan untuk isteri saya yang dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Simpang Empat yang bertemakan Bollywood. Turut diraikan juga adalah staf-staf yang bersara dan bertukar.

Selama 7 tahun isteri saya berkhidmat sebagai Pakar Perubatan Keluarga dan Ketua Unit Klinik Kesihatan Simpang Empat, tentunya banyak kenangan manis bersama staf semua yang sangat rapat dan mesra ibarat sebuah keluarga yang besar. Beliau yang sedang menyambung pengajian sub kepakaran dalam bidang penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease) sememangnya dengan berat hati perlu berpisah dengan staf dan masyarakat Simpang Empat.

Terima kasih kerana sudi jemput saya. Harapnya nyanyian lagu Kuch Kuch Hota Hai saya tidak terlalu sumbang.
























Comments