MESYUARAT KES WANITA DAN KANAK-KANAK BIL 1/2024

Pada 29 Januari 2024, saya telah mempengerusikan mesyuarat pengurusan kes wanita dan kanak-kanak yang terlibat dadah Daerah Kota Setar dan Pokok Sena atas kapasiti sebagai Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar.


Antara yang hadir adalah Ketua AADK Daerah Kota Setar yang mana AADK Daerah bertindak sebagai sekretariat, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Setar, Pegawai Perpaduan Daerah, Pakar-pakar Perubatan Keluarga Pejabat Kesihatan Daerah, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (HEM), Pegawai Pejabat Agama Daerah, Pelindung-pelindung Kanak-kanak JKM Kota Setar dan Pokok Sena, Pengerusi Pasukan Kebajikan Kanak-kanak Daerah dan Pengerusi JKPD Pokok Sena.


12 kes telah dibentangkan dan dibincangkan dalam mesyuarat ini. Pelbagai jalan penyelesaian dan tindakan dicadangkan bagi membantu wanita dan kanak-kanak yang terlibat terutamanya ibu hamil yang aktif menagih dan anak-anak mereka yang memerlukan perlindungan segera.


Dengan kes yang semakin meningkat, pelbagai implikasi negatif dan pelencongan sosial berlaku bukan sahaja sekadar dari segi pelanggaran undang-undang tetapi isu sosial semakin membimbangkan seperti zina dan anak tak sah taraf, penagihan dan komplikasi kesihatan mental, pengabaian dan penderaan kanak-kanak. Setiap kes perlu ditangani secara bersama agar impak yang lebih baik demi kesejahteraan wanita dan kanak-kanak serta masyarakat umum.

Ini adalah tanggungjawab bersama kita dalam melindungi wanita dan kanak-kanak dalam komuniti, jika tidak pincanglah struktur masyarakat kita.






















Comments