PERLANTIKAN PENGERUSI LEMBAGA PELAWAT PSIKIATRI

Pada 22 Januari 2024, saya telah dipilih sebulat suara sebagai Pengerusi Lembaga Pelawat Psikiatri, Hospital Sultanah Bahiyah dalam mesyuarat pertama lembaga untuk penggal baharu sehingga 2026.

Untuk makluman, saya pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pelawat Psikiatri dari tahun 2015-2020. Kali terakhir saya mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pelawat Psikiatri ini adalah pada 22 Januari 2020, iaitu genap 4 tahun pada tarikh yang sama. Selepas itu pandemik melanda dan kami tidak dapat bermesyuarat. Saya tidak menjadi ahli lembaga pada penggal seterusnya.

Terima kasih atas kepercayaan ini. Insya Allah amanah dan khidmat bakti akan diteruskan demi kebajikan dan kebaikan pesakit mental berdasarkan ruang lingkup Akta Kesihatan Mental 2001.










Comments