WALIMATULURUS KAMPUNG CHANDEK KURA

Pada 27 Januari 2024, saya bersama isteri berkesempatan menghadiri walimatulurus anak sulung sahabat saya, Nor Saidi Nanyan di Kampung Chandek Kura, Pulau Langkawi. Beliau merupakan mantan ADUN Kuah.

Kami sama-sama menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian, saya di Kuala Kedah dan beliau di Langkawi. Selepas itu , kami sama-sama juga memangku jawatan Ketua UMNO Bahagian. Kami kurang bernasib baik dalam pemilihan bahagian tahun lepas apabila sama-sama juga tewas jawatan Ketua Bahagian.

Saya bersyukur dapat bertemu ramai kawan-kawan di Langkawi ketika majlis kenduri berlangsung. Maaf tidak dapat berada lebih lama kerana perlu mengejar feri balik ke Kuala Kedah. Tahniah sahabat dan terima kasih kawan-kawan semua atas layanan mesra dan sudi meraikan kehadiran kami.







                                        

Comments