KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH AADK KEDAH

Pada 19 Februari 2024, atas kapasiti saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, saya telah melakukan kunjungan hormat ke atas Tuan Khairul Anwar bin Ahmad, Pengarah AADK Kedah.

Antara topik perbincangan adalah :
1. Pengurusan kes wanita terlibat dadah terutamanya yang sedang hamil. Satu pelan tindakan yang meliputi mesyuarat pengurusan kes dan lawatan kes yang melibatkan pelbagai agensi akan diusahakan. Daerah Kota Setar akan menjadi perintis kepada inisiatif murni ini.

2. Seminar Perubatan Penagihan untuk JKPD Daerah seluruh Kedah akan dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Pengisian akan meliputi tentang penyakit Dual Diagnosis dan teknik Motivational Interviewing (MI).

3. Isu pengurusan kes klien kanak-kanak bawah umur 18 tahun di bawah Seksyen 9 Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang memerlukan penyelarasan di peringkat pusat bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, iaitu dari segi kaedah kemasukan ke Puspen dan isu rekod senarai hitam.

4. Kemudahan klinik One Stop Centre for Addiction (OSCA) di Kuala Kedah dan Sungai Petani wajar dimanfaatkan untuk klien-klien AADK. Klien-klien AADK sebaiknya dirujuk ke sana jika perlu, bagi mendapatkan rawatan perubatan dan khidmat kaunseling bertauliah.

Terima kasih Tuan Pengarah sudi bertemu dan seterusnya berkongsi idea dan hasrat untuk saya membantu gerak kerja pembanterasan dadah di Negeri Kedah. Turut hadir bersama Puan Nurhafizah binti Md Desa, Ketua AADK Daerah Kota Setar & Pokok Sena.







Comments