LAWATAN PUSPEN KAMPUNG SELAMAT

Lawatan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang telah diadakan pada 15 Februari 2024. Puspen ini merupakan destinasi utama klien-klien dari Daerah Kota Setar yang dihantar untuk menjalani rawatan pemulihan.

Saya mengetuai rombongan yang terdiri daripada Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah, Skuad AADK dan staf AADK Daerah. Turut hadir bersama juga adalah Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Setar & Pokok Sena, Puan Nurhafizah binti Md Desa.

Kami telah diberi taklimat tentang modul dan program kepulihan yang dijalankan di sini. Selepas itu, kami dibawa meninjau fasiliti, projek inovasi cendawan tiram dan kebun nenas. Seterusnya kami bertemu mesra dengan klien-klien di sini terutamanya dari Kuala Kedah dan Alor Setar. Antara mereka ada yang berasal dari Kampung Tepi Laut, Tebengau, Mergong dan Taman Aman.

Saya melihat Puspen ini telah berjaya memenuhi kehendak program ‘therapeutic community’ sebagai satu usaha pemulihan dalam institusi. Cabaran yang lebih besar adalah bagi mengekalkan kepulihan mereka melalui pelaksanaan program-program pemulihan dalam komuniti apabila mereka kembali ke dalam masyarakat.

Terima kasih Tuan Wan Hilmi bin Wan Ab Rahman, Pengarah Puspen Kampung Selamat dan staf-staf di atas layanan mesra kepada kami. Terima kasih juga klien-klien yang membuat persembahan silat dan busking sempena menyambut kehadiran kami. Semoga dipermudahkan urusan pemulihan buat kalian semua.







































Comments