MESYUARAT ALP PSIKIATRI BIL 2/2024

Pada 28 Februari 2024 saya telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pelawat Psikiatri, Hospital Sultanah Bahiyah Bil 2/2024. Dalam mesyuarat ini, saya telah membentangkan halatuju dan peranan yang harus dimainkan oleh semua Ahli Lembaga sepanjang sesi kali ini.

Secara ringkasnya, saya meletakkan Halatuju 4K iaitu Kemudahan, Kebajikan, Kesedaran dan Komunikasi sebagai objektif utama bagi setiap aktiviti dan corak gerak kerja yang bakal dianjurkan agar tidak menyimpang dari matlamat penubuhan Lembaga Pelawat Psikiatri ini.

i) Kebajikan - sentiasa mengambil berat kebajikan pesakit mental dan permasalahan keluarga mereka yang berkaitan

ii) Kemudahan - sentiasa mencari jalan dan dana untuk memperbaiki fasiliti dan infrastrukur klinik dan wad psikiatri demi kepentingan dan keselesaan pesakit dan anggota keluarga

iii) Kesedaran - sentiasa menganjurkan program-program yang memberi kesedaran kepada komuniti tentang kesihatan mental terutamanya dalam meraikan peringatan hari tertentu seperti Hari Autisme Sedunia, Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Hari Anti Dadah Antarabangsa serta program-program kesedaran yang menyasarkan masyarakat setempat.

iv) Komunikasi - sebagai platform menghubungkan hospital dengan masyarakat dan menjadi orang tengah dalam sebarang permasalahan di samping menyampaikan maklumat terkini yang mahu diwar-warkan oleh pihak jabatan dan hospital 

Selain itu, setiap Ahli Lembaga Pelawat juga wajar memahirkan dan memahamkan diri tentang Akta Kesihatan Mental 2001 bagi memudahkan dan memastikan segala tindakan adalah berdasarkan ruang lingkup undang-undang ini.




Comments