ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2024 KATEGORI PERTUBUHAN BELIA

Pada 4 Mac 2024, saya sebagai Penasihat Majlis Belia Daerah (MBD) Kota Setar telah hadir bersama bagi menyampaikan kata-kata aluan dan sokongan dalam slot pembentangan di hadapan tiga orang panel juri sempena sesi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kedah 2024 untuk Kategori Pertubuhan Belia.

Sedikit pengalaman saya selaku Johan APBN Peringkat Negeri Kedah dan finalis APBN Peringkat Kebangsaan untuk Kategori Individu pada 2016, telah saya kongsi dan curahkan kepada adik-adik saya yang merupakan barisan kepimpinan hebat MBD Kota Setar. Insya Allah menang, jika ada rezeki.

Selamat maju jaya MBD Kota Setar.

















Comments