PENYAMBUNG LEGASI MRSM TAIPING

Alhamdulilah secara rasmi pada 11 Mac 2024, anak lelaki saya, Zafri Hadi menjadi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Taiping. Dia mengikuti jejak saya di Kolej Sultan Abdul Hamid sehingga Tingkatan 3 dan kini menyambung pula pengajian di sini.

Saya sempat mengimbau memori manis tahun 1993-1994 ketika belajar di sini. Seronok dapat masuk melihat semula asrama, kelas, padang dan dewan yang menyimpan banyak memori indah. Di sinilah saya mula belajar tentang kepimpinan dan setiakawan. Saya sangat aktif dulu sebagai Presiden Kelas, kapten pasukan badminton, striker pasukan bolasepak Maktab, ahli Persatuan Seni Silat Senja dan Kelab Sains.

Saya yakin Zafri akan dapat menimba banyak pengalaman baharu di sini sepertimana saya dahulu. Walaupun bidang akademik menjadi fokus utama, tetapi pembangunan sahsiah juga amat penting yang perlu dibina. Sebagai Apple Distinguished School, tentunya pembelajaran secara digital adalah satu kelebihan. All the best Abang.

Selepas 30 tahun, saya dari kelas 402/502 dan homeroom Zamrud E hadir melapor diri.

























Comments